Kerajaan pertimbang mekanisme baharu ganti tol percuma

Kementerian Kerja Raya memaklumkan dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan utama tidak akan diteruskan bermula tahun ini termasuk bagi sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Bagaimanapun kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pemberian tol percuma itu mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.

“Tahun lepas kerajaan sudah memutuskan iaitu pada tahun lalu adalah tahun terakhir tol percuma semasa perayaan, kalau mengikut keputusan itu maka tiada lagi (tol percuma) dan kalau ada mungkin ada pertimbangan lain.